Fondant bunyi macam pelik tapi fondant lah antara icing atau cake cover yang paling banyak digunakan untuk membuat tutupan pada permukaan kek untuk dapatkan hasil luaran yang kemas.
Diperbuat dari gula aising dan campuran glucose ada banyak lagi versi yang menggunakkan gelatin, serbuk cmc, air dan glycerine.
Banyak resepi yang berbeza ikut kepada sipembuat yang akan mula menghasilkan resepi ikut kesesuaian yang dia dah biasa.
Biasanya kandungan gelatin digunakan untuk mendapatkan hasil elastic pada fondant serta hasil yang berupaya menjadi pejal.
Jika anda dapat fondant yang tidak ada gelatin kebarangkalian untuk menggunakannya bagi menutup kek yang besar akan jadi mencabar. Boleh atau lebih sesuai digunakan untuk kek kecil atau cup cake.
Satu lagi yang diperlukan semasa mengendalikan fondant ialah kepantasan kerana
terlampau lama kita mengendalikannya akan menyebabkan ia menjadi kering dan mudah merekah.
Apakah pekara yang perlu kita tahu bila mengendalikan Fondant ni cik puan cik puan,
- Sentiasa bersedia dengan gula aising dan tepung jagung (bertujuan untuk digunakan semasa menguli adunan fondant)
- Jangan masukkan terlampau banyak tepung jagung masa guna uli fondant ia akan
menyebabkan fondant jadi kering dan mudah merekah serta mengurangkan keanjalannya) - Fondant sebaik digunakan untuk kegunaan menyalut kek dalam erti kata lain boleh diserkupkan.
- Mikrowave oven banyak membantu untuk melembutkan fondant yang dah mula mengeras.
- Boleh mewarnakan fondant Cuma jika warna yang gelap seperti merah atau hitam perlukan kuantiti oewarna yang agak banyak lalu akan mengubah tekstur fondant jika perlu maka simpan adunan yang dah diwarna sehari dahulu sebelum digunakan.
- Teknik terbaik untuk mendapatkan ton warna tanpa membuang masa dan pewarna adalah menggunakan air brush.
- Fondant boleh dimasukkan perasa agar rasa lebih sedap dan tidaklah hanya manis sahaja.
- Fondant akan tahan pada suhu bilik darjah selama beberapa hari dan jika adunan yang elok akan kekal lembut sebelum mengeras apabila terdedah pada angin dalam jangka masa yang dah lama.
- Elakkkan bermain atau mengendalikan fondant hingga ia kering dan hilang keanjalan, perkataan penting adalah kerja cepat.
- Fondant boleh dicampurkan dengan cellulose (cmc) untuk memberi tindakbalas mengeras yang lebih pantas dan keupayaan menjadi sedikit konstruktif.
Jadi saya chef wan noor zamran #wannoorzamran ,#madaboutcake_official berharap bagi anda yang baru berjinak jinak dengan fondant dapat sedikit ilmu dari perkongsian saya, rasanya ada lagi tapi cukup dulu banyak sabgat entah baca ker, harap baca lah. Jadi lepas ni kalau rasa tak yakin bancuh air campur fondant minum segelas untuk mendapatkan tenaga fondant yang luarbiasa. Merapu pula saya, nanti boring pula baca tak best serius jer. Ok sekian.