Gabungan Terbaik Antara Perasa & coklat.

Gabungan terbaik antara perasa atau bahan makanan lain dengan coklat. Sekarang ini antara dessert yang dah dianggap macam kemestian dalam pilihan pembeli apabila
memilih dalam talian adalah coklat.

Bagi pengemar coklat, memang boleh layan coklat sepanjang masa tapi ada juga yang mencari alternative kepada coklat atau gabungan perasa atau bahan lain yang boleh masuk rasa dengan coklat.

Antara pilihan yang sering saya sendiri ialah:

  1. Keju (cream cheese)
    Memberi rasa yang diperkaya serta betul betul memberi gabungan yang nikmat tak terhingga. Mungkin ada yang tak suka sebab akan ada sedikit rasa masam tapi bagi saya rasa masam sikit itu yang bezakan gabungan ini dari gabungan lain.
  2. Caramel
    Hanya yang sukakan rasa hangus gula(tapi taklah pahit) memang satu rasa yang tersendiri dan gabungan dengan coklat memang kena, Cuma tak sesuai untuk mereka yang bajet bajet diet nak kurus.
  3. Blueberry
    Antara banyak banyak rasa buah ini antara yang saya selalu gunakan atau cari dalam sesuatu gabungan dengan coklat, manis masam dan rasa buah memang kena dengan coklat sebab coklat sendiri asal dari buah koko.
  4. Hazelnut
    Memang ada jenama produk yang amat sinonim dengan gabungan ini NUTELLA, siapa tak kenal buatlah apa kek atau dessert dan lambakkan dengan Nutella kalau ada yang tak berkenan tak boleh nak tolong dah, ini antara makanan gabungan coklat yang berdosa tak makan.

Semoga perkongsian ini boleh memberi panduan pada yang sering tak pasti apa gabungan yang terbaik dengan coklat semoga hidup anda lebih coklat lepas ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *